Followers

Assalammualaikum
Kepada Pencinta blog..penulis blog...pemerhati blog..mahupun yang baca senyap2..
Blog ni da bersarang lebah kuning lama tak menulis..
sangat tabik spring kepada yang rajin menulis mengupdate blog2 mereka...padahal sama je 24 jam Allah bagi masa ye dakk..alasan semata..
yela kan manusia lain2 kerja lain komitmen....
saya da ceburi bidang memblogspot ni sejak may 2009..dan sekarang 2014..lama ke tak erk??? 6 tahun lebih kurang tolak tambah...kalau kawin da beranak pinak cucu cicit miut....hihi
bercinta la haiii nak mengarang walaupun kadang-kadang banyakkkkk sangat info yang nak dikongsikan...zaman da canggih..orang tak pandang da nak tengok blog ha...
Tapi.... sapa kata..info kat blog tak kisahla mana2 .blogspot atau .com atau .org masih lagi releven..walaupun sekarang sibuk memasing dengan smartphone canggih manggih...bayangkan cara nak masak telur dadar pun ekau nak cari kat internet????? da kenapa???? haha...tu belum lagi cerita yang ketagih game..hoih..request game bagi nyawa kat facebook..korang tak rasa rindu ke nak main congkak..ting ting..hihi...
GENERASI Y mana tahu mainan macam tu..

Nak tahu GENERASI Y tu apa??? ha ni generasi yang tak boleh berenggang dengan internet..bayangkan la status tulis "connection lost"!! mahu kuali,periuk,katil terbalik..tak cukup dengan tu mogok taknak makan.ibarat TANPAMU INTERNET HIDUPKU BAGAI TIADA MATAHARI YANG MENYINARI HARI HARI INDAH....itu baru lost tak sampai setengah jam..cuba bayangkan kalau seminggu tak dapat internet...
secara tak langsungnya generasi ini adalah mereka yang cenderung kepada kebebasan bersuara dan pilihan,lebih sukakan cabaran serta menghargai keterbukaan, ketelusan dan integriti,interaktif dan inginkan sesuatu secara pantas.lingkungan umur dalam (13 ke 33 tahun)lahir pada 1977-1997.ha boleh check la..hihi..kalau nak tahu lebih lanjut rajin rajin la mengoogle..

Ni saja tangan gatal nak menulis..lama tak asah bakat gamaknya...

Okey cukup sampai sini dulu..nanti kita celoteh lagi ye..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...