Promotional Tools

Followers

Ehh Nenas ke Nanas...


Assalam....aku tak tau aku melalut nak wat cerita pasal nenas ke nanas ni...tapi yang pasti mungkin ada jugak yang keliru kan..kalau korang google pun kat mr goooooooogle(yang ade bnyak ooo ni)...pasti kalau "nenas" banyak berkaitan kuih...(kuih tat..dan kuih sewaktu dengan yang seibu sebapa)....kalau "nanas" banyak berkaitan buah tu sendiri dan air die...(tapi tak tau la kalau mesin google korang berlaku sebaliknya hehehehe...)

Tapi kawan-kawan ye....perkataan sebenarnye ialah NANAS....tak percaya sini bukti
http://ms.wikipedia.org/wiki/Nanas

kalau tak nak baca yang panjang baca fakta asas die yang ni..korang pun malas nak bacakan...baca yang ni je la erk..nah!! yang bahasa melayu punyer...

Nanas (nama saintifik: Ananas comosus)(nak namakan anak korang nama ni tak hehehe) ialah sejenis tumbuhan tropikal.
Ia dalah tumbuhan asli berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay.
Tumbuhan ini berada dalam kumpulan bromeliad (Famili Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah saka bak herba (herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal.
Buahnya dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Perkataan asal orang Tupi untuk buah ini ialah anana, yang bermakna "buah yang sangat baik".


p/s:Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain digunakan untuk melembutkan daging (daging manusia boleh tak :P.)

mengandungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.(haaa jom ramai2 makan nanas 1 hari sekilo!! tettttttt......boleh mati kekenyangan nanas)



Ucapan untuk prime minister:cukup panjang tak ni.....hehehehehe.........(blogger pertama yang suh aku update panjang2....tak best la dengar aku celoteh...nanti telinga korang tumbuh bunga lavender..ngeee...)

kerja oh kerja

Sampaikan aku da jadi macam gambar kat atas tu...tu belum jadi pakai kanta gergasi lagi.hahahaha....dugaan cari kerja memang hebat..macam tu aku tak nak keja la..nak belajar je..apply lagi mesti dapat kan...(tapi hati tengah mabuk nak cari duit bertimbun-timbun..huhuhu..)interview da macam-macam pergi...tapi masih lagi betapa sampai nak tumbuh janggut duk kat umah ni....(jadi bibik :P)..da sebulan kot....(takpe-takpe baru sebulan bukan setahun kan...:( )

Peperiksaan Menengah Rendah

Keputusan peperiksaan PMR meningkat pada tahun ni....TAHNIAH!! kepada adik-adik yang ambil peperiksaan tersebut....makin ramai yang pandai-pandai maksudnya dunia akan semakin maju..pelapis generasi akan datang, akan terus melangkah tanpa toleh kebelakang..(kalau toleh belakang je nanti tak pasal-pasal langgar orang pulak...huhu)..yang sangat membanggakan orang OKU jugak x kurang yang cemerlang...syabas.. p/s:Sebenarnya nak ucap tahniah je kat diorang tapi berjeler pulak menaip..hehehe..nah hadiah untuk korang....
Bagi yang kurang berjaya..usaha lagi kejayaan sentiasa menunggu anda...sama ada nak atau tak nak...:)

Maharaja Lawak Mega hot..

Pentas maharaja lawak sememangnya panas dengan kontroversiri- siri oleh orang yang sememangnya korang semua da tau...mustahil la tak tau kan...:) (tapi kalau korang tak tau pun lagi baik sebab nanti wat tambah dosa je mengumpat pasal diorang...) hehehe...yang penting kumpulan boboi memang terbaik...aku sangat suka yang ni..tengok banyak kali still lagi best...tapi tak tau la kalau ada yang lagi best.... Aku memang sengaja nak letak video ni kat sini sebab diorang comel..hehehe...

Terlepas peluang ke x??

Nuffnang anjurkan kempen TAK NAK merokok...x percaya?? boleh tengok direct laman web nuffnang..ataupun tengok je kat sini...tau korang suke jalan pintaskan hehehe....syarat die simple..jangan lepaskan peluang...agak lumayan hadiah die..lepas la wat bayar bil ke,makan besar ke,kfc berkotak-kotak..mcd sebakul durian...hehehe...aku nak masuk tapi kamera breakdown!!..nak guna kamera enset  macam x berape nak best kena fikir 30 x.....duit bakal melayang lagi.........nak xnk kena betulkan(Adeiii....)..da tu nak lepaskan permintaan hati aku wat la macam ni..paling tak aku tolong nuffnang promosi diorang punye kempen kan....jom ramai2...kepada para perokok ingatla orang tersayang dan diri sendiri....(kalau nk merokok jugak duduk dalam kotak kedap udara ,sekurang-kurangnye x membahayakan orang lain..xpun rokok dalam air..hehehehe) kaedah lain korang boleh gunakan rokok elektrik.


p/s: Jauhilah kamera anda dari terkena hentakan atau jatuh...(da jatuh ditimpa cempedak)


Terkezut...

Assalammualaikum para pembaca...lama tak update..nak kate teruk sangat  tak la hehehe..kalau dari puasa sampai sekarang baru nak tulis semula entry...orang len da berbakol-bakol entry diorang....sebab sangat sibuk dengan study dan projek(macam orang len x sibuk hahaha)...sekarang Alhamdulillah dapat habiskan semua dengan baik..and now tengah tunggu graduation diploma in information technology programming..sape yang company diorang tengah mencari pekerja fresh dari ladang..sudikan la menjemput saya...hehe(promote :P)....ape ape pun kan agak terkejut ada jugak orang baca blog ni walau da tinggal lama..tq very much u oll...lepas ni insyaallah akan selalu update..:) dan pada yang aku x sempat nak follow lagi..akan kunjung blog anda semua lepas ni okeyz...

Datangnya Bulan Kemuliaan Ramadhan...


Salam ukhwah..da lama tak menjenguk blog kesayangan ni...da banyak sawang2 yang menghinggap...walau macamana pun yang penting nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN...alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk bertemu dengan bulan penuh mulia ini untuk terus merebut ganjaran pahala berlipat kali ganda.jangan puasa yang yok pagi2 da bukak periuk...hehe.......

Geng Blogger Politeknik 1Malaysia

Segmen lagi....semenjak dua tiga menjak ni rajin nak join segmen ....lagi satu segmen aku join nih..meh la jugak join kalau anda berada dikalangan blogger politeknik semalaysia......tak susah pun..apa yang menarik join segmen ni :

meh tengok mata ke mata....turun ke bawah ni baca...

1.mengeratkan hubungan sesama geng bas sekolah(politeknik)
2.pupuk semangat kongsi ilmu.( boleh share segala bagai nota dan soalan nanti)
3.menyokong blogger2 yang masih baru...
4.nak tahu banyak lagi korang boleh kesini

Berasal dari PTSS


"GOOD LUCK UNTUK KORANG YANG TENGAH MENJAWAB penuh khusyuk,STUDY sampai lebam, UNTUK PEPERIKSAAN AKHIR SEM NI......




TERJAH : BEN ASHAARI GEGAR LAGI

JOM KITA TERJAH SEGMEN BEN ASHAARI



Sape yang berminat,tertarik atau menarik boleh join sama, pergi la ke blog beliau yang memang da fofular www.benashaari.com

tujuan untuk tambah kenalan blog.same2 kita meriahkan dunia blog ni dengan warna warni pensil color.hehehehe...

first time join segmen ben ashaari ni dan selama ni hanya jadi silent reader jer...hehe....

kepada yang terjah,masuk,atau jatuh terjelepuk ke blog ni salam kenal dan salam ukhwah untuk anda semua.

okey la nak sambung study balik.....bye2...have a nice day..


*menuju ke blog maju 2020....tettttttttttttttttt..:)












Habisnya debaran pertama...

Assalamualaikum semua...sekembalinya aku ke tanah air.hahaha...macam pergi bulan madu ke oversea je....hari kesibukan exam makin tenat....tapi aku sempatkan jugak nak menulis...balik awal ke ipoh untuk study MUET speaking yang baru je habis...memang takut debaran nak speak london macam nak pergi akad nikah muaahahaha...examiners sorang lelaki india dan perempuan melayu....nasib baik jadi candidate B.huhu..tajuk yang group aku dapat about Abandoned babies..aiseh..memang isu semasa betul la..yang aku study semua pasal isu semasa takda pun masuk tengok2 tajuk ni dapat dan as a candidate B aku kena terangkan "goverment highlight campaign abandoned babies" lebih kurang macam tu la kan...perah kepala macam santan kelapa aku dapatla 3 point..2 minit aku melalut speak apa yang tahu..wawawa....keluar dari bilik exam kitorang ketawa sama2..at least ada baki 5 minit lagi yang kitorang da tak tau nak discuss apa kat dalam tu.....so..angkat kaki la..legaaaaa da habesss..tq kepada akma,fatin dan mai yang sama2 membantu dalam practice last minit haha.....ada lagi paper2 exam yang perlu diselesaikan...sabor je la.....


*kalau tak mencari takkan dapat..



Apa yang selalu Student takutkan?

haii....jawab jawab jawab soalan kat atas tu...and majoriti atau bahasa saintifiknya kebanyakkannya(memandai je aku kan..hee..) para blogger ramai yang bergelar student atau pelajar atau murid atau yang belajar haha aku da merepek...kira kurang lebih macam tu la kannnn.:)...kitorang selalu takut bila menjelang peperiksaan akhir.....dah nak dekat la ni...kalau ada yang tak takut tu aku tak tau la jenis macammana kan mungkin dia keturunan yang tak ada perasaan..hehe...tapi bohong la walau sikit pun kita tak da perasaan gemuruh,gementar,atau sewaktu dengannya kan..malah sesedia mana pun kita, da ready dengan segala macam senjata kat kepala(bukan bawa toyol okey jangan lakukan nyer silap langkah anda akan menyesal seumur hidup)..nak masuk dewan periksa tu mesti risau gilerrr.......waktu masa exam nak datang banyak betul anasir jahat bila kita nak study..macam-macam cerita kengkawan bawak.kalau kat hostel banyak cerita pasal hantu kacau... lagi la kalau cerita cik pon pontia_ _ _ tu kann...sebab diorang semua study 2,3 ,4 pagi...so hantu hantu pun suke la.....lagi la keadaan stress.yang peliknya han han han ni aktif bila kitorang nak periksa je..hari lain dia puasa nak kacau orang....kepada para blogger yang bergelar dan berjawatan student SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN..GOOD LUCK!.


jom kite tengok trailer filem KRU yang bakal menambah koleksi filem seram melayu anda semua...


*Study smart dont study hard..and study smart hard bila periksa nak dekat.:)

KEPADA PEMINAT FILEM MELAYU

Anda kaki wayang???? ikuti senarai tersebut untuk tahun 2011...:)

CUN 31 March 2011,

SERU 28 April 2011,

Tolong!!! Awek Aku Puntianak ( Julai 2011),

It's a great Great World (August 2011),

Misteri Jalan Lama ( September 2011),

Apokalips X,

Awan Dania The Movie,

Claypot Curry Killer

Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit ( sambungan HKLBR )


jom layan lagu ni ....IMPOSSIBLE by shontelle



version chipmonks yang comel....:)



versi chipmunk ni kalau lame2 dengar boleh keluar taik telinga tu sebab bingit haha...


*jangan mengharapkan dari usaha orang lain untuk mengaut keuntungan sendiri




Yeay SPM da kuar!!

Bukannya permainan tetapi penentu masa hadapan


Hai kengkawan..macam aku pulak yang macam ambik SPM haha...benda tu dah berlalu da beberapa tahun lepas....macam tak percaya je da lame dah kan??....kejap nye masa berlalu erk...aku ingat lagi...mandi tak basah.tido tak lena...makan tak lalu tapi kalau ada udang masak sambal kat depan aku...pedulikan jer dengan perasaan tu yang penting aku nak habis kan sambal udang mak aku tu hahahaha...(terima kasih mak...sedaappp sangatt)...bila dah kenyang terfikir balik...huahuahua....aku cukup tak suka perasaan berdebar-debar sammpaaaaaaaaiiii sekarang....(huh)..lepas dapat result barulah lega...(semacam lepas minum 100 plus waktu panas..heeeeee)..straight to the point...aku nak ucapkan TAHNIAH kepada adik aku yang no 3 iaitu Rafidah dengan keputusan SPM beliau..(lepas ni belanja akak KFC!! ) eh eh patutnye aku yang kena belanja..haha...nak tau macam mane orang nyer...



haa ni la dia yang mulut becok macam bontot ayam...hahaha

kalau die tau aku kutuk dia dalam ni memang aku kena kejar keliling umah....dalam family memang dia agak matang dibandingkan dengan adik beradik yang lain termasuk aku haha.umur aku je tua...congrate dik...nanti hadiah bagi kat kamu coklat cadbury je cukup.. tak pun bontot ayam goreng kat pasar malam!! heeeeeeeee......


KEPADA SEMUA YANG MENDAPAT RESULT CEMERLANG DALAM SPM TAHUN NI TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA ANDA SEMUA..BAGI YANG KURANG JANGAN PUTUS ASA REZEKI ANDA TETAP ADA...:)


*lain orang lain cara lain pemikiran dan lain tindakan.be your self



Seandainya..............


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan I LUV YOU itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


*Sesungguhnya Allah lebih mengetahui segalanya...........


TERHARU...

Tajuk macam mati kucing la pulak hahahaha.......what ever..(mata turun naik..) satu penghargaan kepada kak jiji & abg fifi...(jijifify) empunya blog SAATAKUKAUPILIH..sebab jadi follower blog ni..:)

(teringat cerita GEMILANG tv3..very klasik header ni kak jiji..like)


korang boleh masuk kedalam blog beliau untuk tahu apa yang ada kat sane..selama aku baca xpernah lagi mengecewakan laa...salah satu idol blog aku la..heheh..:)..happening family..selama ni cuma jadi silent reader jer..last2 tak tahan aku nak komen(kengkonon nak jadi silent je sampai tua kerepot wahahaha..)..drop je kat situ komen..cepat betul kak jiji da datang terjah kesini...tq very much...diorang memang sempoi...hope diorang boleh jadi sehebat blog redmummy and abg ben...


okey scene 2:

dunia da terlalu tua..harini jepun dilanda tsunami..esok lusa belum tentu.



cuba fikirkan walaupun berlaku hampir setiap jam gempa bumi kat sane kenapa bangunan diorang masih teguh berdiri...Zaaaaaassssss...selamat mencari jawapan ......:)



*Ilmu tak datang kalau tak dicari...:)



MELAWAT SEBAB RINDU...

Salam...kawan2 semua...rindu kat blog ni yang da lame tak dijenguk...kekangan masa(alasan!! ait bukan lah..memang aku tengah terkejar-kejar tak de masa...tangan aku memang gatal nak menulis tapi...kegatalan itu aku laksanakan pada kerja2 projek,tugasan yang melambak,program2 yang akan dibuat...aishhh...boring lerrr....satu hari paling tidak aku boleh jengah 1 blog lepas tu kawan aku katil sebelah (ko da siap keje ni ke belumm!!) dushhh...aku tak suke buzy macam lebah>>>>

aku akan kembali selepas kesibukan 2 minggu ni nanti...ada kesempatan aku jenguk korang semua erk......terima kasih sebab sudi baca kat sini.:)

ADIOS AMIGOS :)



KEINDAHAN NUN JAUH DIATAS..........

Sungguh agung ciptaan tuhan....bumi dan alam semestanya amat mengagumkan....

dulu kecik2 aku suka tengok langit....tengok bintang...tengok bulan.....mak aku cakap bulan tu cantik ...tapi bila aku da besar sikit da belajar sains baru aku tau mak aku tipu(aaisssshh ..tak baik kate g2...)yela sebab bulan berkawah-kawah...boleh ade volcano lagi kan..hehehe....aku tanam niat nak pegi bulan nak pergi angkasa..aku nak jadi orang malaysia pertama pegi sane...(huh tapi dr muzaffar tu dah amik alih tempat aku dah...aishhh terbantut cita-cita aku.....tetttt)...So aku terpaksa wat cita2-cita len la kan........




























haa yang ni aku nak naik benda ni dulu sebelum orang len....kalau tak aku tak tau nak wat cita-cita ape dah...(huhu)





*kita senantiasa dilihat walau dimana kita berada....:)




AKU NAK MASUK BLOGLIST ATOK!

Atok...ooooo atok...cucu buat ni khas untuk atok sebab cucu suke tengok atok yang tak de gigi hehehe.........meh kita same2 melawat atok kite meh... boleh klik kat gambar atau boleh pegi kesini....



korang ikut la ape yang atok kita nak ni yerr...
•Buat satu entry bertajuk AKU NAK MASUK BLOGLIST ATOK!
•Letakkan header blog / badge atok pada entry tersebut
•Linkkan kepada BLOG/ ENTRY ini.
•Kasi kepada atok url entry bloglist peTUA KITA semua tersebut pada ruangan komen entry ini
•Tunggu ruangan BLOGLIST ATOK yang akan atok buat dalam masa terdekat.

done!





*kenape kita kena sayang atok kita??????
sebab.............................................................

Bangunan Tertinggi di dunia



Burj Dubai...lagi bangunan tertinggi didunia yang akan mengalahkan semua bangunan yang ada kat dunia ni...meh tengok ranking dia...muncung puncak bangunan yang tajam tu burung bertenggek kat situ pun boleh mati...(eh sampai ke burung setinggi tu..huaaaa)......agak2 berapa juta lif diorang nak gunakannnnn.....tangga pulak berapa ratus juta haih......






tuu kan..kalah pun menara petronas malaysia....ngan taipei....

yang ni pulak fasa pembinaan setiap tahun....





ade lagi ke yang tertinggi selain menara burj dubai ni...rasanye ni paling tinggi kot setakat ni....kalau ada lagi nanti aku post len erk....hehehe....

*sepandai-pandai tupai melompat akhirnye jatuh ke tanah jugak(tersembam ke bawah tanah lagi...)...:)

Tiba-tiba bila dah hilang..




haii....dalam blog kita menulis..memang tangan jer yang bergerak kan..kat luar kita berkomunikasi dengan suara untuk berinteraksi(ushhh ayat skema..heh)kalau tiba-tiba anugerah suara yang kita ada tu kan ALLAH tarik balik macammana....?? pernah korang tau perasaan orang yang bisu...pernah kita faham apa yang diorang cakap dengan bahasa isyarat kalau tak tau dan tak de ilmu...
jom kita belajar sikit2 la kan apa yang diorang cakap...sekurang-kurangnyerr tak banyak sikit pun kita dapat bantu diorang kalau diorang memerlukan pertolongan...kalau tidak dia nganga tercengang kite pun sama duk ha ha ha(terangguk-angguk).....last2 mulut boleh masuk lalat kalau duduk tepi tong sampah...(da xde tempat len ke aku nak cakap..heeeeeeeee)

meh meh belajar....BAHASA ISYARAT..












haaa...da habis belajar....kalau tak nak tengok pun, tengok la sikit-sikit..jeling2 juling pun takpe..mana tau satu hari nanti kita perlukan benda ni kannnn.....


*Hargailah apa yang kita ada sekarang dan jangan menyesali bila dah hilang.....:)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...