Promotional Tools

Followers

TQ ALL followers......

zzaaaaaaaaaasssssssssssssssssss yess aku dapat siapkan

Award khas untuk semua follower sempena sudah mencecah ke 100 follower...

ImageChef.com


kopi dan milo kod kat sini .....



Sekalung,segulung,sebunga,serantai...penghargaan kepada anda semua yang sudi baca2,tengok2,jeling2,pandang2 blog aku yang tak seberapa ni.....all my follower ambik award yang tak berapa nak comel ni yerr....:) .tinggalkan jejak anda di ruangan komen warna biru berbentuk belon kat atas tu atau kat mana-mana lepas amik yerr...jasa korang semua amat dihargai....



*Bukan senang nak senang dan bukan susah juga untuk jatuh...:)




BILA OTAK DIPROGRAMKAN



Cuba korang baca ni...pernah tak tulis atau cakap macam ni..

******************************************************************
hari ni otak aku berkecamuk mengeluarkan beberapa baris syntax error
kawan2 ku tgk aku semacam.. lalu berkata sesuatu pada ku
kawan ku ckp "kaw taip nih pada system"
./die [passwed]
atau
taip ini
/os shutdown
aku terdiam..
terus ku katakan pada kawan ku
kalu aku taip begitu.. bagaimana server2 lain hendak beroperasi?
tanpa otak aku. hati jantung, paru2 pon xberfungsi.
sementara itu aku cube menaip di system
adoi salah paswed .. dem..
database ku telah tercemar dengan
kasih sayang aku pada seorang awek(mungkin korang kenal)
lalu kawan ku berkata lagi
jika kaw xnak buat camtu
kaw tekan je butang restart
aku berkata pada kawan aku
"maksud kaw, aku mulakan hidup baru k?"
"ya" katannya..
"dengan siapa?" aku bertanya
"diri kaw seorang" kata kawan ku
system dan database ku berkecamuk amat teruk skali
ku amat sayang padanya.
tp apakan dayaku
database aku tidak boleh bridge dengan hati nye seorang insan yg bernama yan.
aku berkata pada diriku
"jgn mudah putus asa"
maka lalu ku installkan beberapa program penting
pada system diri ku
..
program2 yang telah di-installkan
1. memory recover
2. anti hasut
3. heart backup
setelah program2 tersebut ku install kan.
lalu aku mengSMS nye.(seorang insan yg ku amat sayang)
aku berkata padanya
kasih sayang ku pada mu tiada ping time out
walau apa pon yg terjadi
aku tau bile diri ku /join hatimu
system diri mu memberi jawapan padaku sperti ini
(this heart is restricted)
ku tahu diri ku tiada xs disitu.
ku tetap tunggu sehingga dapat xs.
aku mahu diri mu tahu bahawa diri ku bukan seorang begger xs
tp.
ku tetap setia dengan ruang system mu

kasih sayang ku
hanya untuk mu

***********************************************************

heart backup telah disimpan di satu sudut hati ku

memory recover still in progress dan akan bejalan..sehingga lah hayat ku tiada
anti hasut begitu juga walaupon tiada patch dan upgrade.
kerana program ni ku cipta kan sendiri sebab code2 ni aku sorang je yg paham

hati ku tidak remuk tp.
sebenarnye
cume
database ku xleh nak diBRIDGEkan ke hati die.
entah kenape

aku tidak dapat lagi xs utk memasuki system dirinye
maybe.

aku rase
maybe
aku ni terlalu cepat
.
xpe
aku xkan give up
walaupon begini
tetap akan ku tunggu sehingga ACCES GRANTED.
harap2 korang2 yg membace ni berdoa untuk ku
walaupon aku tau
jodoh di tangan Allah s.w.t

*********************************************************************

^^PETIKAN DIAMBIL DARI HIDUP SEORANG PROGRAMMER

Harap-harap korang faham apa yang die cakapkan tu yerr..memang banyak bahasa komputer...nanti tak faham angkat tangan yerrr....cikgu terangkan...hehe...sape kate proggrammer tak boleh bercinta..ternyata mereka setia.hahaha....

pernah tak buat luahan hati macam ni....hehe..very the program....(satu hari nanti nak try wat gini jugakla...haha.....:).....ni pun tengah amik angin sebelum sambung study untuk test JAVA sok...hehe...keadaan aku tengah macam ni....


pinjam gambar adik ni kejap...dia kata boleh...heeeeeeeeeeeee

*Buffered reader stdin =new bufferedReader(new inputStreamReader (System.in))
{
System.out.println("tiada apa yang senang dalam dunia ni...:)")
}


Apa itu HEARTBEAT??

www.Heartbeat.my...ni time aku dok berjalan-jalan kat alam maya ni terjumpa pasal benda ni mula2 wat tak endah je kan..bila aku merayap punya baca punya baca...dah tau dah apa kelebihan benda ni...korang boleh klik kat bawah ni atau kat bawah header aku untuk join benda ni...




benda ni lebih kurang macam nuffnang tapi tak akan menggugat status glitteri korang kat nuffnang.sebab dia bukan pesaing bagi nuffnang..aku pun was-was jugak mula2..tapi lepas aku baca terus aku daftar....hehehe...heartbeat akan bayar based on click pada iklan heartbeat tu...pape pun kita explore kita try...kalau menjadi rezeki passive income kan...???...


Ni cara heartbeat bagi kita income...




bila korang da tekan banner kat atas tadi,pas tu akan kesini..



klik pada gambar yang aku arrow kan tu yerrr

kemudian,akan keluar begini..



korang boleh create account..:)


kalau korang boleh pasang nuffnang kat blog korang maksudnyer korang akan faham macamana nak pasang iklan heartbeat ni kat blog..lebih kurang sama je.. korang kena join affiliate iklan diorang.


yang aku bulatkan tu lepas korang daftar akan jadi macam tu..sebelum daftar dia cakap join Hb affiliate....korang klik situ dan isi form lagi sikit dan seterusnya korang akan faham....:)


SELAMAT MENCUBA DAN SAMA2 KITA MERIAHKANNYA.......


*Tiada apa yang kita akan dapat dengan hanya goyang kaki sahaja segalanya bermula dengan satu usaha...




BAHAYA PASSWORD



Mungkin memang ramai yang dah tau terlalu ramai hackers kat luar sane yang nak curi maklumat kita tujuan dia cuma dia yang tau kan..so perkara penting nama dan no ic mesti dijaga..kenapa cakap pasal benda ni sebab ramai da kawan-kawan aku terkena dengan pencerobohan password...Bila kita dah tau bahayanya aku pasti korang semua akan lebih berhati-hati....dan silap-silap taknak guna laptop dah hahaha....

Keylogger> benda ni penting bagi hackers untuk mendapatkan email,password dan segala perkara yang ditaip di keyboard akan dihantar ke email diorang.dengan tu....semua maklumat rahsia kita diorang akan tahu kan.

Langkah utama yang patut kita buat.

1)Gunakan nama pengguna yang unik
2)Kata laluan yang senang diingat tetapi sukar diteka.contoh :c1L1p4d1
3)Tambahan simbol khas seperti ! @ # $ % ^ & * akan meningkatkan lagi tahap kesukaran untuk diteka.contoh:c1L1p4d1@7
4)tukaran kata laluan secara berkala
5)Jangan berkongsi nama pengguna dan kata laluan
6)Pelbagaikan kata laluan untuk setiap nama pengguna
7) Berhati-hati dengan laman Phising

Ape la kan phishing ni kan....pancing ikan ke hehehe....ni la yang selalu berleluasa..Phising ialah usaha mendapatkan nama pengguna dan kata laluan melalui laman web yang dibuat hampir sama dengan laman web asal tetapi ia dibuat dalam server lain yang hanya dengan tujuan mendapat nama pengguna dan kata laluan anda.

8)zip atau rar kan folder private korang semua...sebab...kalau laptop hilang atau dicuri folder tu selamat la jugak kan.

korang boleh try guna antivirus ni security360 klik je untuk download.


Tengok dia da detect sebanyak 136 kat laptop aku waaaaa..........nape tak 1000...betul nak ternak la ko ni...hahahaha........

kelebihan antivirus ni ialah boleh remove Malware,Spyware,Adware,Trojans,keyloggers,Bots,Worms dan pelbagai jenis virus yang lain .so cubalah dulu.kalau nak tau kepoweran nyer ye...:)

*Mencegah lebih baik dari mengubati....:)


Make Your Own Gifts Here

Kepada pencinta novel...

Selamat hari THAIPUSAM.....kepada yang menyambutnyerr...sangat terngeri bila tengok diorang dok cucuk sane sini kat badan, lidah,kepala dan macam-macam lagikan....(tak sakit kerrr.......?????)...biarla kan diorang dengan aktiviti diorang sampai keesok pagi pun.....wawawa....nak cerita tajuk yang kat atas tu.....


haa tengok yang tengah tu BICARA HATi..antara novel peveret aku tu....nak baca novel kena ada feel dulu kan...waktu lapang-lapang nak habiskan tu jenuh lerr dok mengadap buku tu sampai kena tarik telinga ngan mak(sebab dok khusyuk sangat bila kena panggil wat tak tau asam jawa jerr....) aku boleh habiskan membaca 1 hari suntuk 1 buku kalau tiada gangguan asing tanpa makan dan minum waaaa......tapi sekarang ni dok mengadap blog kengkawan je la baca citer diorang tapi tak la sehebat cerita dalam novel yang boleh bawa kita ke alam fantasi kan....hehehe.......

Cerita masa aku duk kat hostel memang ramai peminat novel sebab apa diorang da tak de keje len laaa....ada yang duduk kat hujung tandas,ada yang baring kat katil...,ade yang baring bawah katil..ade yang menangis macam mati kucing...ada yang gelak macam nak masuk hospital rambutan..sebab baca novel punya pasal....ishhh xlarat aku nak citer banyak lagi...

bagi peminat novel tegar boleh la kelaman web ni http://penulisan2u.blogspot.com/

korang boleh dapatkan macam2 series novel dan cerpen kat sini...yang berbakat menulis tu boleh gak hantar kesini karya tu kalau rasa2 korang punyer karya dalam blog tak cukup tempat nak letak kan.......

Cukup sampai sini untuk hari ni ku berceloteh nanti kita jumpe lagi ye kengkawan......


*Setiap manusia tak same..belajarlah menghargai apa yang kita ada..:)

BILA MELAYU NAK JADI JEPUN???


haaaiiiii semua!!!!

bertemu kembali kita di rancangan mari belajar....hehehehe.....(jangan biarkan aku merapu)

kebanyakan dari kita cuma tahu 2 atau 3 bahasa je kan.....Bahasa melayu,bahasa inggeris,bahasa nenek moyang kita(wawawawa..................) dan ada lagi satu bahasa rojak(kompem nii korang selalu guna.......heeeeeee)..... aku nak kongsi tambahkan bahasa korang jadi 5 bahasa yang korang akan tau.......meh anak-anak kita tambahkan ilmu...sekurang-kurangnyer kalau orang jepun datang malaysia kita tau nak jawab ape....

kita kongsi bahasa basic ni yerrrr......memang aku teringin nak datang negara jepun.


Ohayo gozaimasu - selamat pagi
konbanwa - selamat malam/petang
dewa mata atau Ja Mata - jumpa lagi
Sayonara - Selamat Tinggal
Hajimemashite - Selamat berkenalan ( digunakan untuk pertama kali bertemu)
Yokoso - Selamat Datang
Yoku irasshaimashita - Terima kasih kerana sudi datang
Irasshaimase - Selamat dtg ( biasanya digunakan oleh pekedai nk sambut pelanggan)
O genki desuka - Apa khabar?
Genki Desu - Kabar Baik
Omedeto Gozaimasu - Tahniah (biasanya digunakan untuk hari jadi,perkahwinan dan tahun baru)
Doitashimasite - Sama2. (untuk membalas terima kasih)
Sumimasen - maafkan saya
Moshi moshi - Hello

haaa...da tau dah...lepas ni boleh la cakap bahasa jepun sikit2 kan......sebut betul2 jangan sampai terpercik air liur tau.......:) selamat berbahasa....


*Segalanya bermula dari bawah....kita tak kan ada kat atas terus..bersusah-susah dahulu..bersenang-senang kemudian.......



BLOGLIST BLOGGER 2011



Salam sume...(^^) buat muke terkejut orang utan....wawawa..ketidak sangkaan telah di tag oleh salah seorang blogger alam maya ni hehe....cik shida...1st time join ni sebab tak sampai hati tak nak buat penat cik shida tag kat kite an....so kena la belajar join segmen2 ni.....hehe...tq ye cik shida..:)

aku kena ikut syarat yang dibagi pulak nih....(tak ikut nanti habis kena tampar 18 kali ngn

cik diana owner segmen nih...) sape2 nak join klik je kat nama di erk....die wat sempena besday die...semoga panjang umo murah rezeki..ramai anak cucu cicit...bertambah sihat...dan bertambah manis...dan kurangkan gula dalam minuman..(hehe......kalau xde kena mengena tu jangan marah yerr...)

syarat yang pertama..

nama biasa panggil je linda...nama penuh norlinda...(nama sejak dari kandungan mak) nak panggil lin pun boleh....keluar dari perut pada tarikh 15.06.1989(haaa ingat t leh bagi hadiah banyak2).merupakan anak emas,perak,timah dalam keluarga.hahaha....anak sulung merangkap pertama,utama dan semua yang satu la an. daripada 6 orang adik beradik(setengah dozen wawawa...)... berkhemah kat muar johor.....(rumah lerr...) masih belajar kat politeknik ungku omar....cukup ni je kot an an an.......


dapat nama blog ni masa aku tengah duduk sorang-sorang kat depan pantai kg aku.hehe...

bila nak tukar nama blog????...setakat ni tak de idea lagi nak tukar nama blog ANUGERAH KEHIDUPAN ni....sebab selama ni aku setia dengan nama ni....kalau tukar mungkin masa tu otak aku da berhenti berfikir...hehe..


Selamat berkenalan kepada all blogger kat luar sana.....kalau ada salah dan silap harap maaf...sebab ni kali pertama join segmen macam ni....tujuan mewujudkan blog ni sebab ingin berkongsi pengalaman.. cerita ceriti...menambah kenalan....dan memampatkan ilmu bersama kalau ada yang cetek kita dalam kan..kalau ada yang rendah kita tinggikan....kalau ada yang sombong kita ramahkan....kalau ada yang kurang perisa kita tambah ajinomoto....:)


*cik shida linda da buat daa.......nak tag jugak kat shellya,jayjay,iszmasz

psssttt..pssstttt...PEMENANG AJL ke 25

fuhhhhh...persembahan AJL ke 25 yang mantopppp...........menggunakan tema ala ala cerita TRON g2(sape dah tengok angkat kening.hehehe)

Senarai pemenang tercemerlang...


Persembahan terbaik : Faizal Tahir (Hanyut)


Walau tak juara kire okey la jugak dapat bawa balik trofi...persembahan yang mantap....dapat tengok faizal tenggelam dalam air..persembahan yang kreatif....

Vokal terbaik : Hafiz (Noktah Cinta)


wow gimik kena tembak memang menjadi...vokal yang mantap

Tempat ketiga : Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)



Tempat kedua : Drama King (Meet Uncle Hussain dan Black/ Taja/ Tun Teja)



Tempat pertama : Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)



tidak disangka beliau jadi juara lagu...(kawan-kawan aku yang tengok tv dok menjerit macam nak pecah rumah sebab penyanyi pujaan depa semua tak menang.wawawawa...apa pun congrate to ana raffali..:)


Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari


Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku.mp3

leh download kat sini..:)


*sejak bila aku jadi reporter hahaha.....tak pe selagi aku boleh menulis aku menulis ....



Anugerah Juara Lagu sape menang????


Jeng jeng jeng....pastinyer ramai para penyanyi tersohor dunia malaysia berdebar- debar menanti hari kegemilangan diorang sume kan.......All the best for u oll....aku tak sabar nak tau sape juara die...yang penting pakwe-pakwe hensem aku mesti menang..wekkkk....(kalau tak menang aku pakse jugak suh menang..hahaha......)

yang penting faizal tahir terbaikkkk.....(sape tak suka dia angkat tangan!!!! aku nak kejar keliling rumah hehehe)



Gaya die yang memang buatkan perempuan cair beb....suara yang power bak buluh perindu...(dah dah cukup la linda oiii.....) tapi.....die tetap.....heeeeeeeee

Meh tengok giliran senarai penyanyi yang akan buat persembahan gemppaxxx..






yang ni para pengacara yang akan menggemparkan malam AJL

kecoh la kalau si ally ngan si faizal ni ada...lagi pening si bunga tengah-tengah tu..wawawa....

Info penting AJL

Tarikh:9 Januari ini

Tempat:Stadium Putra Bukit Jalil

Lagu:14 buah lagu




Pesanan iklan berjalan-jalan

*Belajar bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian...:)




DUA RIBU SEBELAS!!!!!!


waaaaa(nangis guling-guling)........miss tarikh penting untuk update...1.1.11.......hehehe.....all blogger aku pasti ramai da wat pasal entry tahun baru nie.....sebab aku masuk blogwalking jer ramai yang wat pasal 2011 nih(naik pening-pening lalat dah aku nak baca.huhu)....wish u all the best untuk azam baru.....!!!!...cakap pasal AZAM...setiap kali datang tahun baru nak wat azam baru abes azam tahun lepas yang x tercapai macam mane??????...(haa sape nak jawab cikgu bagi gula2 sebiji cepattt!!!)

Apa-apa pun...aku nak list kan azam tahun baru...(kalau korang xnak baca azam aku ni toleh belakang)....

1.Nak dapat AKJ lagi

2.Nak turunkan berat badan(wekkk azam kerr..??? patutnye kena naikkan....poyo tol )

3.Nak penuhkan tabung duit syiling nak wat kawin t..(heeeeeeeee :) gatal la ko ni kan...)

4.Nak dapatkan ramai lagi kawan kat blog nie...(sape-sape jer...)

5.Nak dapat pakwe baru(berani mati!!! pakwe aku baca habis kena la ko nanti padan muke!!)...bukan la...azam xnak gado2 lagi da..hehe.....nak bahagia bersama-sama...:)

Yang ni je kot....kalau ade lagi nanti aku tambah..tapi kalau korang nak tolong tambahkan pun okey jugak.....azam taun lepas pun ade yang xdapat lagi.........heeeeeeeee......(telinga kembang-kembang)...


*31.12.2010-1.1.2011 time ni aku pegi pulau pangkor(lama kan aku pegi,pegi taun lepas balik taun nie.hahaha)...tu yang xsempat nak tulis entry pasal tahun baru nie...sebab pergi bercuti!!!....nanti aku tulis pasal percutian aku kat sane erk.....(bestt gile rase xnak balik)


SELAMAT TINGGAL 2010 SELAMAT DATANG 2011


Pesanan iklan tersekat

Semalam adalah sejarah,hari ni realiti dan esok belum pasti..........







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...