Promotional Tools

Followers

SEUMUR HIDUP TAK MAKAN

Haaiii..bertemu kembali kawan-kawan...maaf la kalau tak update untuk beberapa purnama dan ketika...dek ke"buzy"an yang sedang dialami.....:( ..tapi tak pe..amik sikit mase untuk berkongsi cerita ngan kawan-kawan semua yer....

TIMUN!!!!!


ni la benda nyer....memang dari kecik aku tak pernah makan......(sejak azali fresh dari kandungan....)hehe...aku nak kongsi kat sini sebenarnya timun memang banyak khasiat kan...tapi tak pe khasiat timun-timun tu aku bagi kat kengkawan aku sume...biar mereka sihat dan kuat dan aku kurus kerempeng.......hahahaha...kalau aku makan sayur..kalau aku makan burger....kalau aku makan nasi lemak.....aku cume cakap.....SAPE NAK TIMUN!!!!!!......diorang dengan rela hati akan menghulur pinggan masing-masing..ade tu memang da tunggu kat depan aku(macam nak terkam kucing....heeeeee) dengan perasaan yang berbunga-bunga aku akan menyerahkan segala khasiat yang ada(timun)..hehehehe.........(sudah-sudah...jangan merapu.....)

aku tau korang memang malas nak baca panjang-panjang....meh sini baca aku da senaraikan khasiat majumia hijau nih....heeeeeeeee...





1.Fungsi timun ialah untuk menyejukkan badan

2.Mengandungi kalsium, zat besi & Vitamin C.

3.Sangat kaya dengan kandungan mineral

4.Mampu mengekalkan kandungan alkali dalam darah kita.

5.Kandungan jus di dalam timun amat mujarab untuk merawat gastrik, ulser serta kandungan asid tinggi

6.Cecair daripada bijinya dapat merawat masalah kekerapan buang air kecil.

7.Perahan airnya juga boleh merawat kudis

8.Parutan timun juga boleh digunakan untuk rawatan kecantikan seperti masalah jerawat

9.Berfungsi sebagai merawat kulit yang terbakar

10.Hirisan timun juga boleh digunakan sebagai penyejuk demam, sesak dan pening kepala, mata letih, kaki berdenyut dan sebagainya..

11.kulit muka yg kasar juga boleh dirawat dengan menggunakan timun

haa ni la dia senarai yang aku rasa korang mampu baca hehehe..kalau ada lagi boleh la tambah-tambah yerrr....

Okey yang ni pulak...sekalung bunga TAHNIAH kepada pemain bola sepak negara yang bermain dengan baik sekali(semangat kejar-mengejar bola yang 1....)




aku rasa malaysia memang kena pakai baju warna biru baru boleh menang hehehe...(wekkk mentang2 ko punyer warna peveret...heeeeeeeee)MALAYSIA BOLEH!!!!!! yeahhhh


*Pesanan iklan berantai

jangan memandang rendah kepada orang lain......kadang-kadang diri sendiri tak semestinya baik.....



KEMERIAHAN ANUGERAH SKRIN 2010


Tahniah tv3( siaran televisyen terunggul tidak berbayar di malaysia....) penganjuran Anugerah skrin yang tidak kurang hebatnyer.....pengacara program yang agak ok....awal ashaari dan vanida imran....yang penting adik mia sara yang comel pun ada bagi penyampaian anugerah...:)

Bagi yang xsempat tengok ANUGERAH SKRIN 2010 tu.....sini senarai para pemenang yang memenangi Anugerah skrin 2010 ni....jeng jeng jeng:

Anugerah Khas Juri
Anugerah Yasmin Ahmad: Shahiezy Sam(pelakon terhebat abad ni...die berlakon memang besttttt!!)


Saje selitkan gambar pakwe kite kat sini jangan maraaaa.......HEEEEEEEEEE


Drama

Drama Terbaik: Antara Garisan
Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Fauzi Nawawi -->Sebelum Akhirat
Pelakon Wanita Terbaik Drama: Nor Khiriah -->Antara Garisan (memang patut menang...tahniah!!)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Isma Yusoof -->Antara Garisan
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Fadzillah Mansor --> Sebelum Akhirat
Pengarah Terbaik Drama: Murali Abdullah --> Sebelum Akhirat
Lakon TV Terbaik: Antara Garisan --> Shahrul Ezad Mohameddin
Drama Rantaian Terbaik: Nur Kasih (citer ni memang meninggalkan kesan amat dalam.....kalo perigi tu dalam lagi kot...hehe)
Drama Komedi Terbaik: TV3 Simpang Tiga(lepas ni boleh wat simpang empat ke lima ke pulak...heeeee)
Videografi Terbaik: Datang Bulan( tajuk ni macam.............ada tajuk len tak...hehehe...)


Penerbitan Dalaman

Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik
Rancangan Bual Bicara Terbaik : Rancangan Bual Bicara Terbaik - Isu Khas GAZA Palestin Kami Bersamamu
Rancangan Hiburan Terbaik : Anugerah Bintang Popular(yang ni memang tak boleh disangkal lagi kalau menang....huhu)
Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu ke-24 (tak sabar nak tengok bulan 1 nanti.....:)
Rancangan Realiti Terbaik : 8TV Showdown 2010 Episod 10 (kalau boleh nak join sekali diorang nih......terbaeekkk.....)
Rancangan Laporan Khas / Berita Terbaik : Aduan Rakyat ( kalau karam singh walia datang kat kg aku ni.....mesti orang berebut nak pegi kat die.....lepas tu....abes pulak die wat bahase falsafah die...ayoyo...tapi disebabkan die dan rakan-rakan nasib rakyat dapat diketengahkan.....syabas)


Filem
Filem Terbaik : Muallaf (filem ni mungkin memang unik...xpernah tengok pun....)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem : Bront Palarae --> Belukar (ni pun yak pernah tengok.......)
Pelakon Wanita Terbaik Filem : Sharifah Amani -->Muallaf
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem : Aaron Aziz --> Evolusi KL Drift 2
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem : Fazura - ->Pisau Cukur
Pengarah Terbaik Filem : Allayarham Yasmin Ahmad Abdullah - ->Muallaf (memang rezeki arwah.......amin..)
Lakon Layar Terbaik : Shamsul Yusof -->Evolusi KL Drift 2 (citer kereta terbaik orang melayu.......boleh wat evolusi KL Drift 2 pulak....)




Pesanan penaja berbayar

*ingatlah hidup kita ni macam roda...sesekali kita akan berada diatas dan sesekali kita akan berada dibawah....:)



KOMPUTER VS MANGKUK TANDAS


Antara dua benda ni mana lebih kotor...jawab-jawab.....(cepat..!! cikgu rotan nanti...)....




Jawapannye anak-anak murid kesayangan cikgu....ialah KOMPUTER!!! (ha kenapa? kenapa?)

bukan ke mangkuk tandas tu tempat buang najis maksudnyer lagi kotor la.....(no no no no......)

komputer di pejabat mempunyai 400 kali ganda bakteria daripada tempat duduk tandas.(percayalah....)

Meja , papan kekunci dan tetikus komputer pun tak jauh beza. Hakikatnya sebenar yang harus kite terima(isk isk isk), pejabat adalah antara tempat yang paling banyak mengumpul kuman ( fabrezeeeee....meh sini...........!!!!!! banyak kuman kat sini.....)

Mesti ramaikan yang cakap tandas atau bilik air tempat yang kotor(eeeeeeeeeee.........banyak najis mutawasitah...hee) .....tapi anak-anak sekalian yerr...bilik air sering dibersihkan malah dinyahkan kuman....kira ada jugak orang jaga....abes komputer sempat ker kita nak basuh hari-hari(uiii boleh ke basuh komputer hahahaha.....) papan kekunci yang korang tekan 2 kompem ke tak de kuman....ntah dari mana-mana terus on pc ke laptop ke terus tekan-tekan tak ingat dunia....kalau nak makan jerr basuh tangan kan...????(kenyit mata.....:))........

fakta yang ingin dikongsi sama2...jom kita terjah....

*kira-kira 30 peratus daripada kuman pada telefon skrin sentuh disebarkan ke tangan pengguna dan sebahagian kuman terbabit pula akhirnya memasuki tubuh.

*Kuman yang dipindahkan menerusi tangan biasanya kuman yang boleh menjadi punca pelbagai penyakit, daripada selesema hingga kepada penyakit serius

*Secara purata butang ATM mengandungi 1,200 kuman, iaitu lebih banyak daripada kebanyakan tombol pintu tandas awam.


haaaaaaaaa.....macam mane..takut tak murid-murid.....


macam biasa.....pesanan penaja bergaya....

Gunakan sabun ANTABAX....(anda sihat keluarga bahagia......)

MESTI ADA YANG TAK KENA

Aku nak cakap benda ni je ari nie....

"orang yang selalu mencurigai orang lain sebenarnya dia sendiri adalah orang yang tak boleh dipercayai"....



Nak sajikan korang dengan benda ni.....:)






Pernah ke ini terjadi terjadi kepada anda semua.......??

sungguh tidak menyelerakan sekali hahaha.......teruk la monyet-monyet ni
kalau tak de baju sekalipun pegi la beli kat pasar malam ke kedai runcit ker.....
kalau da monyet pakai baju dengan nak pakai kereta manusia nak pakai ape..???
(huuuuuaaaa)



*pesanan penaja bersekutu
tak semestinya kita cinta dan sayang kan orang tu dia akan jadi milik kita...cukup sekadar kita dapat tengok die bahagia.....


AKIBAT DENDAM




Segalanya kerana dendam......(ngeri la ....)....penjenayah boleh buat apa aje....(bak kate kawan aku polis pun boleh kena santau?????) polis pun manusia biasa jerr.....dia cuma jalan kan kerja dia.....tapi ....(ada berapa jenis katak dalam dunia ni erkk sampai habitat tersebut ada santau nyerrr...:P)

berita penuh klik sini...


SANTAU

Terbahagi kepada :

Jenis pertama: Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan jin dan syaitan. Jenis ini agak mudah dirawat.

Jenis kedua: Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap syaitan dan syaitan. Ianya dikenali sebagai santau angin dan ianya agak sukar dirawat kerana melibatkan peranan jin.


Ayat menhindari santau

Amalkan membaca 3 kali setiap lepas solat dan baca 1 kali sebelum makan atau minum:





*Pesanan tuan tanah kedaung

Berbuat baiklah kepada sesama manusia...hindari dendam kesumat...

ROMBONGAN CHE KIAH MENUNAIKAN UMRAH

Fuhhh...dengar tajuk da ngeri....(kenape erk....???) setelah "Hantu Kak Limah Balik Rumah" meletup-letup bagai bom di hiroshima.....kutipan setelah melebihi RM3 juta...wah wah tahniah ye mamat khalid....(pengarah filem terunggul yang boleh membuat orang kering segala air dalam badan bila tengok filem die....) tajuk kat atas tu bakal dikeluarkan filem tersebut arahan beliau....korang ingat lagi kan cerita Rombongan Che Kiah Ke Sukan Komanwel dan Zombie Kampung Pisang...(nenek ngan atok yang tengok pun leh tanggal gigi.......lerr....)...tunggu la kemunculan filem die yang seterusnya.....pada aku beliau memang seorang pengarah yang sangat-sangat kreatif...(tabik spring kat die.......:)..)


Rombongan Che Kiah Ke Sukan Komanwel


(Kecoh betul...)


Zombie Kampung Pisang...


(Perhimpunan hantu-hantu sedunia)


Hantu Kak Limah Balik Rumah


(kot ye pun sikat la dulu rambut tu kasi rebonding...)

Entry ni khas untuk mamat khalid yang aku dan kawan2 seangkatan aku jumpa malam tadi kat ipoh parade......:)






*macam biasa lerr...pesanan penaja

Sokonglah industri perfileman tanah air(walaupun kadang2 ade yang hampeh) tapi kebanyakkannya puas hati jugak...:)

UNTUK APA SEMUA NIE????

Apa sebenarnya blog nie???? bila boring baru menulis....ada cerita baru nak tulis blog...sakit hati ke baru nak tulis luahan hati kat blog???....tak da benda nak buat da ke baru buka blog...???....diari hati ke hati ke blog nie...???untuk cari kawan ke blog nie...???....untuk buang masa ke blog ni????...

Bagi aku dunia blog ni unik...sebab apa dan bagaimana????(apa banyak sangat tanda soal kau ni linda oooiiii...)

==>Tempat berkongsi pendapat

==>Tempat mendapatkan berita terkini

==>Tempat berkongsi ilmu

==>Sebagai backup(?????)kalau kita tulis kat kertas segala apa pun hal....kemungkinan akan basah kena air...koyak...terbakar.....dan lain-lain......so? sume sejarah kita akan hilang...(cehhh...macam sejarah dunia jerrr nak dibukukan.....)

==>Satu seni....(teringat pendidikan seni pulak kat sekolah dulu...uittt ade kena mengena kerrr???)

==>Semuanya hanya blogger je yang tau...


da...da jangan tensen2(perosak bahasa melayu.....) meh tengok nie...


kalau aku nak 1 benda nie boleh tak kat malaysia...........(sah orang kata aku bek nek kucing jerrr..huhuhu.....)


*HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN.............................:)




BILA MUSIBAH 2010 HENDAK BERAKHIR????

Sungguh menyedihkan...lagi2 bas..masyaALLAH....tengok la sendiri kawan-kawan....



Petikan metro

"KOTA KINABALU: Seorang ibu terkulai selepas meratapi kematian anak lelaki kesayangannya, Sabirin Murad, 29, yang terbunuh selepas bas dinaiki bersama 25 kakitangan Jabatan Penjara Tawau terjunam ke dalam gaung sedalam 50 meter, semalam.

Kemalangan ngeri yang meragut empat nyawa itu berlaku di Kilometer 32 Jalan Penampang - Tambunan di sini, kira-kira jam 10.40 pagi."

Berita selanjutnya







*Rentetan peristiwa  kemalangan bas tahun 2010

Ipoh (Sani express)
Berita penuh klik sini

Simpang Ampat (bas delima)

Berita penuh klik sini

KM38 Genting Sempah (bas pelancongan)

Berita penuh klik sini


Pesanan penaja

BERHATI-HATILAH DIJALAN RAYA......INGATLAH INSAN TERSAYANG...:)

NENEK BERSEMANGAT WAJA

Disaat aku kekeringan idea,berjalan-jalan diruangan alam maya....tiba2....

jeng..jeng..jeng...



haa...ni mak nak kate nyah....huhuhu......tabik spring kat makcik nih....(tembak btol2 ya makcik.......) entah dia paham ke tak aku cakap...heeeeeeeeee.....ni dulu kecik-kecik pmr tak sempat amik kot...tu yang jadi army tak diiktiraf kan??? da da...keje nak mengumpat orang jerrr.....tapi kalau yang ni macam mana pulak....?????



korang rasa-rasa mat-mat rempit yang naik motor secara profesional peringkat tertinggi layak tak guna macam nie...comfirm!!! kadar pencemaran asap turun secara mendadak dan pencemaran bunyi menurun tanpa menggunakan brek!!! apatah lagi kadar kematian di malaysia (hanya cedera ringan je paling tidak pun kan?????)


*hidup ni penuh pancaroba.......lukiskan lah ia dengan sebaiknya.....:)




MAIN KEJAR-KEJAR BERSAMA...

kekangan masa terus mengejar dan mahu membunuh ku!!!..Kelas da bermula hari ni dengan penuh semangat dan cita-cita tinggi....(huhuhu.........bermulanya saat yang kesibukan.....)...dengan muka yang penuh bengang ari ni aku da dapat assignment!!!!.......bak kate seseorang kita kena gunakan masa dengan sebaiknya....tiada perkataan tiada masa jika hendak menjadi blogger berjaya.....(blogger ni aku selalu terjah blog die.....blog die bermula dari huruf B....)(teka cepat2 aku bagi duit raye....)....seronok hari ni masuk kelas sume belajar benda baru.....yang paling best aku belajar install UBUNTU dalam virtual machine...(ape benda  ni erk....????) wahh pengalaman baru tu....selama ni aku cuma reti install windows jerrr....(malunyerrrr.......tutup muka....)...biaq pi la apa orang kate yang penting.....carilah ilmu hingga kenegeri china...kalau nak ke negeri jepun macam mana yerrr.....(muka blurrr).....UBUNTU ni sejenis open source selain yang kita kenal windows....kat bawah ni aku carikan macamna persekitaran UBUNTU ni.....(kalau minat tengok tak minat pun jenguk-jenguk).....


Sebelum aku pergi meninggalkan ceramah aku pada hari ni.(ceewaahhh)....khas untuk follower aku yang telah mencecah yang ke 10.(hehehe) .....(jadi la dulu lama2 t jadi bukit jambul kan???) sebagai penghargaan sila la ambil benda ni untuk kesemua follower yang ada kat dalam blog aku ni....

BannerFans.com


*perkara penting aku belajar hari ni ialah......hati-hati pada kasut!!!!(kenapa???)biar aku je yang tau...huhuhu.......adios amigos...lambaba chichago milano...........................

PENCARIAN BERMULA.....

Macam nak cari harta karun la pulak.........(dapat emas bertimbun best jugak....:)...nak cerita yang aku telah memerah otak (bayangkan kalau perah santan......) beberapa hari dan beberapa minggu untuk mendapat kan tajuk dan projek yang aku nak buat  bagi projek akhir semester....dengan penuh keriangan dan menunjukkan baris gigi yang tak rata..aku nak mempersembahkan tajuk projek yang bakal aku buat nanti....

"ONE STOP INFORMATION KIOSK".....

(ape benda alah nie...ni projek apa???...macammana benda nie???....) aku tak tau la kalau korang tau ke tak...tapi aku rasa kalau korang belajar dalam multimedia tajuk belakang akhir aku tu mesti korang da tau apa dia kan???.....ianya berkaitan dengan kiosk maklumat.....korang pernah pergi hotel(yang ni la aku buat berkaitan hotel dekat-dekat tempat aku jerr),pasaraya ke atau mana2 tempat yang ramai orang kan...(angkat kening...).....kat satu sudut tempat korang mesti nampak mesin yang atau komputer (dia duduk diam2 je tak gerak-gerak) bila korang dekat makin dekat makin dekat.....(wat macam serang hendap tu.....)...korang boleh touch2 die untuk tahu maklumat mengenai tempat atau apa2 yang korang nak tau pasal tempat tu kan........




sumber dari mr goooggggllleee

ni antara contoh yang aku dapat dari internet...lebih kurang macam tu la.... ada banyak lagi contoh sebenarnya....

"Kiosk adalah salah satu cara untuk menerangkan kepada pengguna tentang maklumat - maklumat yang ingin di sampaikan selain ianya boleh di ketahui hanya dengan satu click pada sebuah kiosk  Seiring dengan pembangunan serta kemudahan teknologi maklumat, yang sememangnya lebih memudahkan pelanggan kerana maklumat hanya boleh didapati hanya di hujung jari, oleh itu kiosk ini direka khusus untuk memudahkan serta mesra pelanggan. "


*mula-mula aku nak buat berkaitan cd interaktif..tapi....(bila bincang ngan partner...pusing kiri-pusing kanan.....geleng2 kepala.....) kitorang amik keputusan nak buat benda ni je...walaupun aku rasa cabaran berat disitu aku akan cuba....:) plan b aku akan buat pasal cd interaktif kalau cadangan ni ditolak...(harap-harap penyelia terima kalau tak.....aku kejar dengan buldozer!!!) huh berani tu......

PERCAYA ATAU TAK???

Aku tak tau la hari ni aku da tak de keje atau sengaja cari kerja atau da buang tabiat.....huhuuhu...aku menang!!!!!! buat pertama kalinya....hahaha...(gelak sopan....) memang sape tak kenal dengan" lelong.my...." hari nie aku mencuba nasib yang xseberapa baik..hehehe(muka bangga.....)....menang jam tangan dengan harga RM1.00 ke RM2.00.........(buat mata bulat2)...tiada pembidder pun yang melawan harga aku....not bad la jam tu...."EMPORIO ARMANI"...ingat kan nak cari barang-barang lain tapi sebab cuma dalam percubaan aku takk berani la nak melelong harga tinggi-tinggi.....barang kecik-kecik sudaaa.....(mata kelip2)...korang nak tengok ke aku menang apa????..............



Taadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...!!!!!!




Ni la barangnyer....aku minat kat warna coklat die 2 jerr(sejak bila ko suke warna coklat linda...!!)....sape minat kat jam ni????aku nak jual..hehehe.......kat dalam lelong tu boleh pilih macam-macam barang yang kita nak atau minat..tapi kena pandai la jangan sampai tertipu okey...(senyum kambing...) ...sape2 yang rasa nak try boleh cuba la..pergi link ni http://www.lelong.com.my


*kalau korang nak try jangan guna harga yang besar-besar...sebab internet boleh jadi apa-apa pun benda yang kita tak boleh jangka....:)(pesanan penaja.....)





AKU KATA NI PELIK...KORANG???

Nak kate aku tak de keje...memang selalu aku ade keje....nak kate aku tak de masa...(mmmm rasenye mase tu yang selalu kejar aku hahaha....)...keje aku ari ni google mengoogle...(bahase melayu ko kalo jumpe cikgu bahasa memang kena tumbuk kot....heeeeeee)....sedang doraemon dan nobita bergado....aku sibuk mencari benda ni.........(sila bulatkan dan kecikkan mata anda untuk melihat gambar2 dibawah....).......

ni la aku nak kasi korang tengok ni...gaya topi yang ntah apa2...



korang rasa pakcik ni da teringin sangat nak pakai bulu ayam tak???.....tak pun bulu landak ker???




yang adik manis....(gaya india jual roti cakap) ni...kalo topi dengan baju tu same baik letak baju kat atas topi kan2...merapu la orang ni erkk.....(aku cakap ngn sape??)


makcik salleh putih ni kan kot ye pun sayang sangat ngan ikan peliharaan dia jangan la bawa ikan tu kemana-mana....kang mati susah pulak kan???........



korang rase ni topi ke ape erk....????...da buang tabiat agaknye....kalau taksub sangat ngan rokok pun sorok-sorok la kat celah-celah gigi....( tu pun kalau muat...huhuhu)



ayoyoooo.....rock la makcik putih ni kengkawan.....ade yang tinggi lagi tak auntie pink...kalo ada bagi saya satu erk......:)



cuba la korang teka topi jenis apa nie...???(sebab aku pun tak tau lerrr....)

Bila kita buat benda pelik memang ada je orang yang tengok yang amik perhatian kan?.....bila tak buat apa2 biasa je kan orang tak amik peduli.....

*hari ni aku bengang giler tahap kucing boleh menari-nari.....tadi ade perjumpaan dengan ketua jabatan kan(menyusahkan jerr)....aku ngan kawan-kawan terlambat 1 minit je kedewan...tup tup...kena tahan daaa dengan lecture depan pintu....(muke merah2 tahan geram ngan lecturer 2 xbagi kitorang masuk...)bila pandang belakang ramai lagi yang lewat.....pas tu kitorang beratur la kat tengah-tengah barisan tu...yang malunyer kitorang kena berdiri nyanyi lagu politeknik orang len n pelajar len sume duduk....hampeh betul!!!!........siapla aku jadi lecturer nanti aku balas balik!!!!......(hidung kembang kuncup.....)...





TAK SELAMAT DA KE???TOLONG!!!

Air mineral vs air minuman...

Dua-dua air kan???so??.....aku pasti kita ni 100 peratus akan minum air...(da  tu takkan air minum kite pulak huhu).....tapi mungkin ramai yang tak tau jugak apa beza antara dua-dua air yang dibotolkan tu....kalau yang cukup teliti dok membelek air botol yang korang minum tu diorang tau la..memang korang hebat lahh...(cayalah!!)...memang ada bezanya ye kawan-kawan...

kite tengok sini apa yang membezakan kedua-duanya



cuba tengok kat anak panah tu satu drinking water satu lagi mineral kan???(pas ni leh la tengok...) yang kat drinking water tu ada proses reverse osmosis(tau ker reverse osmosis tu ape??? meh ni cikgu nak ajar heeeeeee.....macam nak ajar biologi la pulak)aku pasti la kalo korang nak bace sejarah ke fakta ke punye la malas...kan?..kan? so aku ringkaskan jer...biar senang paham...

Reverse Osmosis 
ramai jugak panggil Air RO (lepas ni kalau orang tanye pastikan anda boleh jawab yer...tuan-dan puan-puan)... air ni adalah air yang paling kosong (air mati) - tiada sebarang mineral atau zat.Memang bersih dan bebas daripada kuman tapi tak ada bawa manfaat kepada keperluan kesihatan kita ni.

Air mineral tu apa pulak???(wat muka blurrr dulu...)

Air mineral tu kan air yang telah ditapis segala kekotorannya tapi ada mineral, elektrolit mineral, zat-zat dan oksigen -  dikenali sebagai air mineral hidup atau air hidup semulajadi.(kalo air da hidup habisla orang mati....???)

Kebersihannya setara dengan air RO, bezanya RO tak ada sebarang zat atau mineral.

Oleh kerana air R.O tidak ada sebarang zat, kalau masuk  ke dalam badan, ia juga akan menyerap/ mencuri zat-zat yang ada dalam tubuh kita. uiiitt ini amat berbahaya terutamanya kepada orang yang telah sedia sakit. dah la sakit, hilang zat pulak. Air RO ni  bahaya jika diberikan kepada mereka yang sakit. Hentikan sekarang jugak(katakan tidak pada rokok!!!...ko nak ngarut lagi nihh...)

okeyh yang ni korang tengok pulak erkk


Tengok jenis punca air tu dari mana....so???

 
p/s
Mineral sangat penting untuk tubuh badan kita. Sebab tu la Allah jadikan semua air tawar di dunia ni mengandungi mineral. Oleh kerana dunia kita ni kan semakin tercemar, jadi takungan air mineral hidup ini cuma tinggal 5 tempat je di seluruh dunia .

Anak-anak sekalian....(gaya ustaz fizi) mengapa kerajaan tidak membenarkan air RO yang dibotolkan dilabel sebagai air mineral - mesti ditulis sebagai air minuman sahaja? kenapa erkk?(mata kelip2) sebab  air mineral ni  tinggi nilainya dan mesti sah sumbernya, barulah boleh dilabel sebagai air mineral.(RENUNG_RENUNGKAN DAN SELAMAT BERMINUM......)



*sejak bila aku jadi prihatin nie????heeeeeeeeeeeeee.....sejak aku makin kurangkan gula dalam minuman.....(selalu kena tarik telinga ngan akma sebab aku selalu membebel buat air x maniss!!!) dia selalu wat air x menepati  kemanisan aku lerrrr..........(muka bengang sanggup aku tambah gula berkilo-kilo..haaahahaha.....teruk sungguh..

 



MEH LA LAWAN!!!!!


uit uit sabar2...nape marah2 ni(rilek la bro......huhu).......merapu lagi...satu hari ni penat uuuu uruskan orentasi pelajar sem 1....kes buli membuli ni memang best...senior la katekan.....(angkat kening sikit 2 kali....cewahh).....ikutkan malas nak uruskan diowang ni..macam-macam ragam....(cekak pinggang).....ada tu mulut macam laser...ada tu mulut macam makcik jual ikan kat pasar(lelong2 dua singgit dua singgit...)....ada tu aku baru cakap sikit da macam itik ngan ayam nak bertelur da bunyi kat belakang(kalo boleh nak karate je senang sikit)....yang sakitnya pun lain....aisshhh x larat aku nak melayan aiihhh....nak buat macam mane sebahagian dari tugas aku.....(ada gaji xpela jgk padan muka ko linda!!)........so adegan membalas dendam.....aktiviti membuli aku dan kawan2 aku buat....

1)Jalan2 itik sambil tutup  mata....(da macam itik pulang petang da aku tengok hehehe)

2)lompat bintang dan lompat kanggaroo(memang sebijik la...haha)

3)baca doa qunut(yang ni memang banyak budak laki fail....upss sori ye kaum adam....)

4)lompat katak(fuhhh kalo tengok dasyat!)

5)menari zapin ( kalah siti nurhaliza.....ada kena mengena ker??)

6)Berlakon(ushhh memang ramaii yang berbakat...lepas ni rosyam nor boleh bersara daa...)

memang gelak sakan la.....(suke erk buli orang........yele dulu aku kena lagi teruk huhu...)

aktiviti explorace yang cukup mencabar bagi diorang......apa2 pun SELAMAT MEMASUKI ALAM STUDY PENGAJIAN TINGGI UNTUK KORANG SUME...pengalaman yang kita dapat sekarang tidak mungkin kita akan dapat pada masa akan datang.......

p/s sampai sini dulu la erk....nak tido dulu letih daa(zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz)




SELAMAT TAHUN BARU ISLAM......

"1 muharam detik pemulaan perkiraan tahun islam hijrah. . .perpindahan nabi dan umat islam. .dari kota mekah ke kota madinah. .atas keyakinan dan iman yg teguh. .kaum muhajirin dan ansar bersatu. .rela bekorban. .harta dan nyawa. .demi menegakkan islam tercinta"...(suara lunak dan merdu....uiittt perasan berbakul-bakul)

setiap kali datang tahun baru...apa azam baru????? tapi persoalan begini sentiasa datang pada 1.1.(tahun berikutnyer)......kenapa kita selalu lupa tarikh-tarikh islam.....banyak ye persoalanye disini...ye akal yang cerdas datang dari hati yang bersih dan jiwa yang tenang ye anak-anak(gaya dr fadzillah kamsah)heeeeeeeee....

okey nak kongsi benda ni kalau boleh kita buatla sama2 ya.....




DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk

waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan

berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada

setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca

doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah

telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".


sumber doa yang lengkap boleh didapati disini :

http://surau.townplan.gov.my/surau/ebook/DoaAwalAkhir.pdf


MAKCIK MUDA???????

Ahaaa...kenapa tajuk macam 2...heeee(senyum kambing)..nak cite ni..korang pernah x ada pengalaman kena panggil makcik????? sedangkan umur masih muda....cerita bermula dari kawan2 aku...

ni cerita fatin...

scene 1:(amboi macam nak wat drama) 

fatin ni pernah keje cashier la dulu 

die cite tengah syok2 die scan barang tetiba ade satu pelanggan makcik ni dengan anak die....anak die ni merengek nak ape ntah..pas 2 mak die pun cakap tunggu la kejap "makcik" tu tengah scan barang.....(fatin dengan muka xpuas hati bungkus barang macam nak baling je kat muka makcik 2 hahahahaha......)

ni cerita akma....

scene 2:(babak lain selepas cut cut)

akma tengah bawa anak sedara pergi jalan2....

tiba-tiba ada seorang perempuan ni pun tengah bawa anak die..perbualan mereka:

perempuan tu:anak makcik ke???

akma:aah anak......(ayat melayan tapi hati membara.....)

perempuan tu:bape taun da?????

akma:2 tahun..........(ayat selamber)

perempuan tu:nak cube x pakai susu nie.....(promote)

akma:eh takpe die pun ada susu nie.....(muka bengang)...

perempuan tu:macam 2 tak pe la saya jalan dulu ye cik.......

*persoalannye sekarang da tua sangat ke kawan2 aku ni hahahahahaha.....cerita aku pulak kerr....setakat ni aku tak penah lagi sebab aku ni baby face(perasan betoollll)hahaha....bukan apa muka x macam dewasa la senang cakap....tak percaya ker????


 sumber dari mr google

mesti korang ingat makcik ni kan....aku salute giler la die berlakon dalam cerita cinderella  rock beb.....!!!

MERANTAU KE TEMPAT ORANG


kellie's castle?????

 tempat apa nie...mule2 aku pun tak tau jgk..bile teringat balik sejarah negeri perak....owh ni la die....taj mahal malaysia yang xsiap..kisah percintaan tragis(yeke???)antara William Kellie Smith and Agnes...hehehe.....ade cerita disebalik bangunan xsiap ni...kalau orang yang bukan pencinta sejarah memang xlayan la tempat2 macam nie..tapi aku.......(senyum kambing......heeeeeeee)....tapi ramai yang kata tempat ni berhantu.....betul ker????(muke terkejut)...yang penting aku da selamat kat umah..(minum -minum petang..ngeeeeee)

okey..cerita balik...xpayah la erk nak cite panjang2 sebab bukannye ramai yang nak tau tapi kang kalo xtau langsung susah jgk...heeee

kalau nak pergi...

Terletak beberapa kilometer dari bandar Ipoh

merupakan salah satu istana lama negeri Perak 

Bayaran masuk rm 4.oo 

kisah istana ni

sejarah pembinaan Taj Mahal di Agra, India, sepertimana Shah Jehan membina Taj Mahal untuk isterinya Mumtaz begitu juga dengan William Kellie Smith, seorang peniaga yang berasal dari Scotland membina istana ini untuk isterinya Agnes. (2 la kisah nye sikit.......)

Istana ini dibina pada tahun 1915 oleh tenaga kerja dari Madras,

Pada tahun 1926 ketika Kellie berkunjung ke Portugal untuk menempah lift yang akan digunakan di Istananya , beliau mengalami masalah radang paru-paru dan meninggal dunia di Portugal.

Isterinya yang masih berada di Malaya pada masa itu terus berpindah ke Scotland dan Kellie's Castle dijual kepada syarikat Harrisons & Crossfied.

semasa proses pembinaannya beberapa tragedi buruk berlaku terhadap pekerja-pekerjanya seperti wabak Spanish yang mengorbankan beberapa orang pekerja dan antara sebab yang lain ialah berlaku peperangan dunia kedua 

ni antara gambar yang ada kat istana tersebut....(renung-renungkanla......)







cukup sampai sini kot....

(akan ku jelajahi setiap pelusuk negeri perak...tungguuuuu!!!!!!).......

TAHNIAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ape kena erk??? tetiba jer...hehe..boleh menarik nafas lega...dan senyum kambing berhari-hari....:)....kenape? kenape?

result periksa ku telah keluar..setelah politeknik-politeknik seluruh malaysia bersetuju dan memerintahkan 26.11.2010 adalah tarikh serentak pengumuman keputusan peperiksaan akhir semester sesi julai 2010...ape lagi!!! ke"jem"an traffik internet telah berlaku...tapi berkat kesebaran aku menunggu untuk menerjah masuk ke laman web PUO akhirnye membuahkan hasil lumayan..AKJ sekali lagi(ni kalo kat u dwg kate dekan la huhu)....catatan rekod kedua terbaik nih...ape-ape pun bersyukur alhamdulillah kepada ALLAH taala dengan izinnya....dan.......tahniah juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama mengharungi suka duka penat lelah(macam berlari jerr...hampesss).



flashback balik:

akma:waktu:pagi2 buta(ayam x bangon lagi)haha.....linda!!!!! tahniah.....

aku:dengan mamai(air liur basi pun ade lagi).....ngarut pagi2 buta cakap tahniah ngigau aperrrr???.....letak balik enset...



10 saat kemudian

aku:baca balik mesej.....(result kuar da!!!!!!) dengan perut yang masih sakit...mata yang kelam-kelam nampak.....rambut serabut...aku terus capai laptop...laa ni aku xkira jadi pe yang penting aku dapat tengok keputusan aku sendiri dengan pueh hati......lalalalalala....
dengan line celcom ber"gprs":edge" aku sabar menunggu.....

jeng jeng jeng...nah cgpa 3.59 n lulus sume subjek..yezzzz....(terlompat-lompat den)

hadiah untuk mak n abah bagi sem ni........:)


Ape ape pon...............aku ade 2 sem lagi yang kena diredah....so???? berpijak dibumi nyata(ape selama ni duduk kat planet pluto kerr) usaha kena lebih giat...sebab semester yang akan datang mestilah lebih mencabar.......PROJEK??????? alamak tak fikir lagi nih.........okey la...jumpe next entry yup.........adios amigos......

MELAMPAU BETOL LAA....

xfaham xfaham kenapa akhir2 ni asyik nak makan jerk...uish melampau berat timbang da nek mendadak weyyy....dekat 49 dot dot dot.....ni pulak cuti semester dua minggu duk pulak umah..lagi laaaaaaaaa nak makan nak makan....(mak jgn masak sedap2 xleh conrol laa...)

flash back jap 2 hari lepas...

sampai muar di pagi yang hening...xde sekor makhluk pun yang ade kat stesyen bas bentayan..(takootttttt...)
after 5 minit baru la abah sampai..(lambat betoll...)
sampai kat umah...(rase gembira x terhingga..)
bangon besok nyer..mak masak sedap2..(bestnyerrr) i love u mak...
bersyukur selamat sampai kat umah..sebab kejadian bas xcident makin menjadi-jadi buat takut orang jer nak naik ....(ipoh ngn muar kalau dekat xpe...huhuhu...)



takut x...uish mintak2 dijauhkan kan...aminnn.......

Abes bab lepas flashback..nk cite yang ni....nak cakap pasal diet nih...(diet konon.:P)
eh kena jgk
kena jaga jgk beb....
nk tau kaedah diet lain dari yang lain x?

xsalah kite nk cuba diet selagi x bertentangan dengan islam...

1.MAKAN MAKANAN BENTUK PERSEGI
sebab nye makanan bentuk bersegi lebih memberikan kepuasan berbanding bentuk bulat yang mengundang rasa teruja (aisshhh bentuk pun bleh terpengaruh kerr??)

2.PILIH WARNA KELAM
warna kelam ni boleh buat rasa puas dan tenang dan buat kite x nak makan lagi...
contoh macam coklat dan krim.
warna cerah boleh rangsang rasa atau nafsu makan...
kalau boleh wat tmpat makan pun warna kelam sebab boleh turunkan nafsu makan tuh..

3.GANTUNG CERMIN
letak la cermin kat ruang makan supaya boleh lihat diri sendiri semasa makan..perhatikan apa yang kita makan..

4.MAKAN SECARA PERLAHAN
kalau boleh letak jam kat sebelah masa makan..tujuan die nak ingatkan supaya mengikut detik makan...makan perlahan sehinga mudah untuk menikmati makanan yang dimakan

5.GUNA PINGGAN YANG KECIL
ni tujuan die nak kurangkan kuantiti makanan yang diambil..
bila pakai pinggan kecik mestila nampak penoh...(hahaha..boleh ker....ushh..bolehla...)

6.MEMASAK
bab ni lagi satu..masak la...(da la suke ikut mood huh..)
ni tujuan die supaya boleh atur apa yang kita nk makan....(kan nak diet...jangan malas2)

7.BERSIHKAN KERETA(ape kena mengenanyer....)
ni dipercayai boleh membantu dalam proses diet...
kalau bonet kereta x terurus makna kata berat badan pun tak terurus la..lalalala...




*benda yang kat atas ni memang xboleh nak disangkal kehebatan nyer...seluruh pelusuk malaysia dah tau...tahniah dr rozmey yang mencetuskan fenomena tersendiri...tp...xdela lin sampai kena makan benda ni...hehe..(saje je nak promote drII)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...