Followers

Apa yang selalu Student takutkan?

haii....jawab jawab jawab soalan kat atas tu...and majoriti atau bahasa saintifiknya kebanyakkannya(memandai je aku kan..hee..) para blogger ramai yang bergelar student atau pelajar atau murid atau yang belajar haha aku da merepek...kira kurang lebih macam tu la kannnn.:)...kitorang selalu takut bila menjelang peperiksaan akhir.....dah nak dekat la ni...kalau ada yang tak takut tu aku tak tau la jenis macammana kan mungkin dia keturunan yang tak ada perasaan..hehe...tapi bohong la walau sikit pun kita tak da perasaan gemuruh,gementar,atau sewaktu dengannya kan..malah sesedia mana pun kita, da ready dengan segala macam senjata kat kepala(bukan bawa toyol okey jangan lakukan nyer silap langkah anda akan menyesal seumur hidup)..nak masuk dewan periksa tu mesti risau gilerrr.......waktu masa exam nak datang banyak betul anasir jahat bila kita nak study..macam-macam cerita kengkawan bawak.kalau kat hostel banyak cerita pasal hantu kacau... lagi la kalau cerita cik pon pontia_ _ _ tu kann...sebab diorang semua study 2,3 ,4 pagi...so hantu hantu pun suke la.....lagi la keadaan stress.yang peliknya han han han ni aktif bila kitorang nak periksa je..hari lain dia puasa nak kacau orang....kepada para blogger yang bergelar dan berjawatan student SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN..GOOD LUCK!.


jom kite tengok trailer filem KRU yang bakal menambah koleksi filem seram melayu anda semua...


*Study smart dont study hard..and study smart hard bila periksa nak dekat.:)

KEPADA PEMINAT FILEM MELAYU

Anda kaki wayang???? ikuti senarai tersebut untuk tahun 2011...:)

CUN 31 March 2011,

SERU 28 April 2011,

Tolong!!! Awek Aku Puntianak ( Julai 2011),

It's a great Great World (August 2011),

Misteri Jalan Lama ( September 2011),

Apokalips X,

Awan Dania The Movie,

Claypot Curry Killer

Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit ( sambungan HKLBR )


jom layan lagu ni ....IMPOSSIBLE by shontelle



version chipmonks yang comel....:)



versi chipmunk ni kalau lame2 dengar boleh keluar taik telinga tu sebab bingit haha...


*jangan mengharapkan dari usaha orang lain untuk mengaut keuntungan sendiri




Yeay SPM da kuar!!

Bukannya permainan tetapi penentu masa hadapan


Hai kengkawan..macam aku pulak yang macam ambik SPM haha...benda tu dah berlalu da beberapa tahun lepas....macam tak percaya je da lame dah kan??....kejap nye masa berlalu erk...aku ingat lagi...mandi tak basah.tido tak lena...makan tak lalu tapi kalau ada udang masak sambal kat depan aku...pedulikan jer dengan perasaan tu yang penting aku nak habis kan sambal udang mak aku tu hahahaha...(terima kasih mak...sedaappp sangatt)...bila dah kenyang terfikir balik...huahuahua....aku cukup tak suka perasaan berdebar-debar sammpaaaaaaaaiiii sekarang....(huh)..lepas dapat result barulah lega...(semacam lepas minum 100 plus waktu panas..heeeeee)..straight to the point...aku nak ucapkan TAHNIAH kepada adik aku yang no 3 iaitu Rafidah dengan keputusan SPM beliau..(lepas ni belanja akak KFC!! ) eh eh patutnye aku yang kena belanja..haha...nak tau macam mane orang nyer...



haa ni la dia yang mulut becok macam bontot ayam...hahaha

kalau die tau aku kutuk dia dalam ni memang aku kena kejar keliling umah....dalam family memang dia agak matang dibandingkan dengan adik beradik yang lain termasuk aku haha.umur aku je tua...congrate dik...nanti hadiah bagi kat kamu coklat cadbury je cukup.. tak pun bontot ayam goreng kat pasar malam!! heeeeeeeee......


KEPADA SEMUA YANG MENDAPAT RESULT CEMERLANG DALAM SPM TAHUN NI TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA ANDA SEMUA..BAGI YANG KURANG JANGAN PUTUS ASA REZEKI ANDA TETAP ADA...:)


*lain orang lain cara lain pemikiran dan lain tindakan.be your self



Seandainya..............


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan I LUV YOU itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


*Sesungguhnya Allah lebih mengetahui segalanya...........


TERHARU...

Tajuk macam mati kucing la pulak hahahaha.......what ever..(mata turun naik..) satu penghargaan kepada kak jiji & abg fifi...(jijifify) empunya blog SAATAKUKAUPILIH..sebab jadi follower blog ni..:)

(teringat cerita GEMILANG tv3..very klasik header ni kak jiji..like)


korang boleh masuk kedalam blog beliau untuk tahu apa yang ada kat sane..selama aku baca xpernah lagi mengecewakan laa...salah satu idol blog aku la..heheh..:)..happening family..selama ni cuma jadi silent reader jer..last2 tak tahan aku nak komen(kengkonon nak jadi silent je sampai tua kerepot wahahaha..)..drop je kat situ komen..cepat betul kak jiji da datang terjah kesini...tq very much...diorang memang sempoi...hope diorang boleh jadi sehebat blog redmummy and abg ben...


okey scene 2:

dunia da terlalu tua..harini jepun dilanda tsunami..esok lusa belum tentu.



cuba fikirkan walaupun berlaku hampir setiap jam gempa bumi kat sane kenapa bangunan diorang masih teguh berdiri...Zaaaaaassssss...selamat mencari jawapan ......:)



*Ilmu tak datang kalau tak dicari...:)



MELAWAT SEBAB RINDU...

Salam...kawan2 semua...rindu kat blog ni yang da lame tak dijenguk...kekangan masa(alasan!! ait bukan lah..memang aku tengah terkejar-kejar tak de masa...tangan aku memang gatal nak menulis tapi...kegatalan itu aku laksanakan pada kerja2 projek,tugasan yang melambak,program2 yang akan dibuat...aishhh...boring lerrr....satu hari paling tidak aku boleh jengah 1 blog lepas tu kawan aku katil sebelah (ko da siap keje ni ke belumm!!) dushhh...aku tak suke buzy macam lebah>>>>

aku akan kembali selepas kesibukan 2 minggu ni nanti...ada kesempatan aku jenguk korang semua erk......terima kasih sebab sudi baca kat sini.:)

ADIOS AMIGOS :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...